Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

August 31, 2008

ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna

agar dapat ku lalui dengan sempurna

tak ingin ku biarkan ramadhan berlalu begitu saja

ya Allah, pimpinlah daku yang lemah

mengharungi segalanya dengan sabar…

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak…


Seperti Yang Dulu

August 29, 2008

**************************

Tiada guna kau kembali

Mengisi ruang hati ini

Semuanya telah berlalu

Bersama lukaku

 

Semuanya telah berakhir

Antara hatiku dan hatimu

Takkan ada cinta

Seperti yang dulu

 

Tiada guna kau berjanji

Untuk setia menemani

Hatiku yang telah terluka

Karena dusta mu

 

Semuanya telah berakhir

Antara diriku dan dirimu

Takkan ada rindu

Seperti yang dulu

**************************

Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Ungu. Saya pun dengar lagu-lagu Ungu. Tak dinafikan memang best. Terutamanya ‘Andai Ku Tahu’, ‘Doa’ dan ‘Para PencariMu’. Memang best. Lagu ‘Seperti Yang Dulu’ ni tak termasuk dalam album religious Ungu. Namun mengikut apa yang saya fikirkan dari lagu ni, saya rasa lagu ini patut dijadikan pedoman.

Jika dibaca sekali imbas lirik lagu ni, memang perkara pertama yang terlintas di sanubari seorang manusia biasa ialah ini adalah luahan seseorang terhadap kekasih lamanya. Cuba baca liriknya sekali lagi.

Memang jika dibaca sekali imbas, seorang manusia biasa akan terfikir akan kekasih lamanya yang ingin kembali kepadanya. Tetapi dia menolak cintanya atas sebab dusta kekasihnya yang lalu. Kira kes putus cinta pastu nak rujuk balik la ni.

Itu dari pandangan manusia biasa; longgar jiwanya, rapuh imannya dan sempit mindanya. Kita hendaklah cuba untuk jadi manusia yang luar biasa; gah jiwanya, kental imannya, syumul ibadahnya, Quran juadahnya dan Allah tempat mengadunya.

Cuba kita buka sikit minda kita, lapangkan dada sikit. Bak kata lagu Opick, ‘Buka Mata, Buka Hati’. Cuba kita baca lirik di atas dari sudut perspektif yang berbeza sikit. Look at life from a different perspective.

Pada pandangan saya, lagu ini patut diterapkan oleh setiap insan yang mengakui dirinya manusia. Lebih-lebih lagi manusia yang mengakui dirinya seorang muslim. Perkataan ‘kau’ dalam lagu ini mewakili dunia. Ya, dunia. Lagu ini adalah tentang cinta dunia. Cinta dunia selalu sahaja berdusta. Cinta dunia selalu sahaja menipu. Cinta dunia selalu sahaja menipu diri manusia.

Apabila seseorang itu telah sedar akan cinta dunia yang menipu ini, ia akan berpaling daripada cinta ini. Putus cinta la ni. Tapi cinta dunia kini kian mengetuk di pintu hati kita. Cinta dunia kini kian memujuk kita untuk mencintainya semula. Tapi seorang mukmin tidak dipatuk lubang yang sama dua kali. Cubalah bertahan wahai mukmin. Cinta dunia ingin menipu kita lagi. Rasulullah s.a.w. pun ada cakap dalam hadithnya yang menyatakan ini adalah salah satu penyakit al-wahn; cinta kepada dunia dan takut mati (hubbu dunya, wa karihal-maut).

Semuanya telah berakhir antara hatiku dan hatimu. Takkan ada cinta seperti yang dulu.

cukuplah Allah bagiku

Ingatlah akan Cinta yang Agung. Cinta kepada Allah s.w.t. itulah Cinta sejati. Itulah CINTA, bezanya dengan cinta. Allah tidak akan menipu diri kita. Allah Maha Pengasih. Allah Maha Penyayang. Allah-lah yang memberi peluang untuk hidup. Allah-lah yang memberi kita bermacam-macam nikmat yang tak terkira banyaknya dek akal. Allah-lah yang memberi kita kebahagiaan. Allah-lah yang akan memberi kita kebahagiaan. Jika tidak bahagia di dunia ini, kita akan bahagia di akhirat kelak. Tapi ingat, ini semua dengan izin Allah. Dialah Maha Berkuasa. Patutkah kita berpaling dari CINTA Allah semata-mata untuk mengecapi cinta dunia? CINTA Allah adalah CINTA yang paling agung. Rebutlah CINTA Allah. nescaya Dia akan memberi kepadamu CINTA-Nya.

Wallahu a’lam…


Membazir???

August 26, 2008


Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
[17:27]

Membazir biasa dikaitkan dengan consumption dan perbelanjaan. Pada takrif umum membazir adalah berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Contohnya: membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit atau mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya. Selain wang dan harta, membazir juga sebenarnya boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga dan pemikiran dan sebagainya. Ringkasnya, membazir adalah meng-allocate unsur-unsur tersebut ke satu tempat, yang sepatutnya boleh diletakkan di tempat lain yang lebih baik dan bermanfaat. Ini dipersetujui semua.

Ada benar dalam takrif ini. Namun, saya rasa masyarakat tidak berapa jelas tentang konsep membazir ini, terutama apabila dikaitkan dengan amalan syaitan. Ini kerana pembaziran yang sering ditekan-tekankan adalah berkenaan membeli rumah, makanan, pakaian, gasoline dan material-material fundamental sebegini, yang masih boleh dijustifikasi sekiranya mampu atau memerlukan consumption lebih. Jadi, kita tidak nampak di mana perkaitannya dengan syaitan lalu tidak terkesan dengan pengisytiharaan ayat 17:27.

Seorang Muslim perlu tahu apakah hakikat membazir dan bagaimanakah sesuatu consumption boleh dikatakan membazir. Kritikalnya seorang Muslim perlu mengetahui adalah kerana Allah SWT melabelkan pembazir itu sbg saudara Syaitan. Ini merupakan satu label yang sangat sangat menghinakan, di mana Rabb Pencipta yang disembah sekalian alam meng-adik-beradik-kan manusia dgn makhluk yang paling dilaknati dan dimurkaiNya. Takkanlah dengan sekadar makan lebih, terlebih beli barang, bil elektrik tinggi, tiba2 Allah cap sebagai saudara Syaitan.. Atau seseorang yg melepaskan diri dari semua tadi dgn ber-diet atau berpuasa atau guna NGV utk keretanya terus terselamat dari status tersebut? Jadi, perlulah kita teliti hakikat membazir sehingga ia menjunamkan manusia ke status yang menghampakan itu..

“Alamak, kena save ni, bulan depan nak pegi konsert!”

Imam Syafi’e telah memberi satu takrif membazir yang pada saya lebih “real”, dan menepati ayat 17:27. Beliau mendefinasikan pembaziran sebagai membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran; in other words, berbelanja di jalan kemungkaran. Yakni, spend utk melakukan maksiat, kerosakan alam dan masyarakat, kerosakan jiwa dan iman, dan perkara sia-sia lain yang dibenci Allah; tak kira dalam bentuk harta, masa, hidup, tenaga, umur, fikiran, cinta dan lain-lain nikmat kurniaan Allah, tetapi disalurkan kepada kemungkaran. Contohnya spend untuk ke disco, karaoke, wayang, CD atau DVD cerita atau lagu yang tak bermanfaat lagi mengarut, mahupun setiap Megabyte dan minit untuk mendownloadnya di internet, spend beli hadiah untuk girlfriend/boyfriend, membeli dan membaca novel dan komik tahyul, rokok, menyumbang kepada Yahudi, tiket konsert, kos penganjurannya (konsert), penganjuran aktiviti mengajak orang ramai menjauhi Islam dan perkara-perkara mungkar lain seumpamanya. Inilah hakikat pembaziran! Walaupun pada majoriti masyarakat hari ini, spend di jalan “ini” merupakan keperluan semasa, tanggungjawab pembangunan sosial, malah ada yang menganggapnya sebagai khidmat pulangan kepada masyarakat.

Tapi hakikatnya, segala yang membawa kepada kemungkaran adalah pembaziran yang sejati. Membazir! Walaupun sekecil seputung rokok; Ini kerana Syaitan menggunakan dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar tenaga dan effort-nya untuk Mungkar. Oleh kerana itu, pembazir itu dilabel sebagai saudara Syaitan. Bukan sepupu atau bau-bau bacang, tapi saudara Syaitan. Kata “saudara” itu sendiri menggambarkan keserupaan dan betapa dekatnya golongan pembazir ini dengan Syaitan (Ust Zawawi Yusuf, 2008). Maka, apabila Allah sudah isytihar “Wa kaana asy-Syaitanu liRabbihi kafuura”, mengapa manusia masih ingin menjalin hubungan persaudaraan yang akan membawanya kepada kekufuran lalu menjadi makhluk yg dilaknat Tuhannya? ……

Benarlah juga: Membazir boleh dalam bentuk wang, harta, masa, hidup, umur, tenaga, ilmu, cinta, fikiran, kerja, hati, ingatan dan sebagainya (Ibnul Qayyim). Segala sesuatu jika ditujukan untuk mengingkari Allah, ianya telah menjadi pembaziran yang merugikan.

Syaitan Telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah; mereka Itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi. [58:19]

Berapa ramai sahabat Nabi, yang sebelum memeluk Islam, mereka menghabiskan wang, tenaga, masa dan pemikiran untuk menentang Islam.. tetapi setelah memeluk Islam, mereka bertekad untuk menggandakan apa yang mulanya digunakan untuk menentang Islam, tapi kini untuk mengembangkan dan mempertahankan Islam. Contohnya Ikrimah & Khalid RA. Mereka sedar expenditure mereka sebelum ini adalah pembaziran yang merugikan.. lalu mereka ingin “membayar ganti rugi” diri mereka dgn memberi bayaran yang sama atau berganda untuk Islam!

Jumhur ulama mengatakan tidaklah pula dikatakan membazir jika perbelanjaan itu dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajikan dan kebenaran. Kerana itu, bagaimana pendapat anda tentang Abu Bakr dan Suhaib Ar-Rumy yang telah mengorbankan seluruh-luruh-luruh harta benda mereka untuk Allah.. adakah ia merupakan pembaziran? Pada saya, merekalah orang yang paling cermat berbelanja.. Orang yang menyimpan duit untuk melakukan maksiat bukan berjimat cermat. Mengikat perut untuk membeli tiket konsert bukan berjimat. Mengumpul duit untuk belanja girlfriend/boyfriend bukan berjimat.

“Alhamdulillah, aku dah save duit scholar banyak dah.. lepas ni cukup la duit nak beli buku Harry Potter 10 set”

Oleh itu, para pembaca sekalian, selepas ini, berhati-hatilah dalam perbelanjaan dan consumption anda. Pastikan anda tidak membazir! Rancanglah perbelanjaan anda ke jalan kebenaran dengan memenuhi hak-hak Allah, Rasul, dakwah, keluarga, diri sendiri dan ummah. Kalaulah di hujung bulan pun poket anda kosong dan badan anda letih.. sekurang2nya anda tidak “membazir”..

Allahu’a’lam

“Jangan beli produk Nestle.. itu penyumbang besar kepada Zionist.. membazir jer kita bagi duit kat dia..”

dipetik dari alqassam.multiply.com


Menjelangnya Bulan Ramadhan

August 26, 2008
sila click link di bawah. cerita yang sangat menarik menanti anda. rugi kalau tak baca
http://perjalananjauh.wordpress.com/2008/08/25/175/
“ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”

Keimanan

August 22, 2008

Andai matahari di tangan kananku
Takkan mampu mengubah yakinku
Terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati

Bilakah rembulan di tangan kiriku
Takkan sanggup mengganti imanku
Jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
Seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh

Bilakah ajal kan menjelang jemput rindu-rindu Syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untukMu tetapkan muslimku selalu


Rules Are Made To Be Broken

August 22, 2008

para pembaca sekalian,

seringkali kita dengar ungkapan ni disebut oleh para remaja dan belia kita. “rules are made to be broken”. betol ke? camne dgn peraturan yg telah ditetapkan oleh Allah? adakah ia direka utk dilanggar semata-mata? jom kita berbincang ttg topik ni. sila tinggalkan komen anda di ruang komen yang disediakan. sykran. jazaakallahu khair


.::Cinta Tanpa Perantara::.

August 14, 2008

Apakah dengan mencintai Allah kita dihalang daripada mencintai yang lain?


Cinta Allah tiada batasannya. Itulah cinta yang utama. Menyusul kemudiaannya cinta-cinta yang lahir hasil daripada sama-sama mencintaiNya atau jalan-jalan untuk mendapat cintaNya. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah terpuji, kerana cinta itu memang berisikan cinta kepada Allah. Justeru, nabi Muhammad-lah yang membawa kita mengenal dan mencintai Allah. Begitu juga cinta kepada orang berilmu dan bertaqwa, kerana mereka adalah individu yang mengenalkan kita kepada Allah.



Oleh itu, apa sahaja dan siapa sahaja yang boleh menyampaikan kita kepada Allah sewajarnya dicintai juga. Utusan (Rasulullah) daripada kecintaan (Allah) adalah dicintai juga. Begitulah segala sesuatu yang diperintahkan oleh kecintaan (Allah) untuk kita cintai…umpamanya, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada guru, cinta kepada suami/isteri dan cinta kepada sahabat. Semua ini termasuk cinta kepada Allahjika didasari dan dikawal oleh aqidah dan syariat serta menepati nilai-nilai akhlak Islamiyyah.



Apa bezanya cinta?


Apa bezanya cinta kepada ‘selain daripada Allah’ kerana Allah dengan yang bukan kerana Allah? Ini satu persoalan penting justeru ramai orang mencintai ibu bukan kerana Allah. Mencintai isteri bukan kerana Allah. Cinta kepada kekasih bukan kerana Allah. Jawabnya, cinta kerana Allah tidak memerlukan ‘ramuan-ramuan’ yang bersifat racun (dosa). Cinta ini boleh terjalin pada sesiapa sahaja – antara sesama sahabat, keluarga dan saudara-mara, suami-isteri, pemimpin-pengikut dan sebagainya.

Cinta yang ‘disintesis’ daripada cinta Allah ini juga tidak memerlukan ‘perantara-perantara’ yang bersifat ‘physical contact’ kerana ia tidak bersandar kepada sesuatu yang bersifat fizikal – yang seperti rupa, warna, rasa dan lain-lain. Tapi ia tetap suci dan menyucikan.


Kalau cinta ini terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar syariat. Sebaliknya cinta ini bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama berganding bahu, bersatu rasa, untuk sama-sama mentaati Allah.



Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta yang mengkhayalkan.atau pembaziran masa tanpa arah tujuan. Atau air mata yang dialirkan kerana sebab-sebab murahan.


Tak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah.



Wallahu a’lam…


dipetik dari….???


Apa aku buat hari ni?

August 6, 2008

Oh the moon has come
The day is done
The night has covered up the sun.
I have stood so often before You to pray
But I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatiha?
Did I take time to thank You for all that I have?
Did I call on You to guide my way?
Tell me, what did I do today?

I had whispered to You
As I made ruku
Subhana Rabiy’yal adheem.
But was my faith
Bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me, what did I do today?

Sami’ Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
Sami’ Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
La illaha il Allah.
La illaha il Allah.

Though I’ve bowed to You
with my face in the dust,
subhana raby’yal a’la
Did I turn to You
And did I obey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of Your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do toady?
Oh Allah, tell me, what did I do today?