.::Cinta Tanpa Perantara::.

Apakah dengan mencintai Allah kita dihalang daripada mencintai yang lain?


Cinta Allah tiada batasannya. Itulah cinta yang utama. Menyusul kemudiaannya cinta-cinta yang lahir hasil daripada sama-sama mencintaiNya atau jalan-jalan untuk mendapat cintaNya. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah terpuji, kerana cinta itu memang berisikan cinta kepada Allah. Justeru, nabi Muhammad-lah yang membawa kita mengenal dan mencintai Allah. Begitu juga cinta kepada orang berilmu dan bertaqwa, kerana mereka adalah individu yang mengenalkan kita kepada Allah.



Oleh itu, apa sahaja dan siapa sahaja yang boleh menyampaikan kita kepada Allah sewajarnya dicintai juga. Utusan (Rasulullah) daripada kecintaan (Allah) adalah dicintai juga. Begitulah segala sesuatu yang diperintahkan oleh kecintaan (Allah) untuk kita cintai…umpamanya, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada guru, cinta kepada suami/isteri dan cinta kepada sahabat. Semua ini termasuk cinta kepada Allahjika didasari dan dikawal oleh aqidah dan syariat serta menepati nilai-nilai akhlak Islamiyyah.



Apa bezanya cinta?


Apa bezanya cinta kepada ‘selain daripada Allah’ kerana Allah dengan yang bukan kerana Allah? Ini satu persoalan penting justeru ramai orang mencintai ibu bukan kerana Allah. Mencintai isteri bukan kerana Allah. Cinta kepada kekasih bukan kerana Allah. Jawabnya, cinta kerana Allah tidak memerlukan ‘ramuan-ramuan’ yang bersifat racun (dosa). Cinta ini boleh terjalin pada sesiapa sahaja – antara sesama sahabat, keluarga dan saudara-mara, suami-isteri, pemimpin-pengikut dan sebagainya.

Cinta yang ‘disintesis’ daripada cinta Allah ini juga tidak memerlukan ‘perantara-perantara’ yang bersifat ‘physical contact’ kerana ia tidak bersandar kepada sesuatu yang bersifat fizikal – yang seperti rupa, warna, rasa dan lain-lain. Tapi ia tetap suci dan menyucikan.


Kalau cinta ini terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar syariat. Sebaliknya cinta ini bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama berganding bahu, bersatu rasa, untuk sama-sama mentaati Allah.



Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta yang mengkhayalkan.atau pembaziran masa tanpa arah tujuan. Atau air mata yang dialirkan kerana sebab-sebab murahan.


Tak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah.



Wallahu a’lam…


dipetik dari….???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: