Baitul Muslim

September 23, 2011

Baitul Muslim atau Rumahtangga Islam ini memberikan kesan terhadap institusi keluarga yang ingin dibina oleh individu termasuklah saya sendiri.

Kita patut merenungkan kata-kata Imam Syahid Hassan Al-Banna ketika berbicara tentang pernikahan dan kehidupan rumah tangga. Saya kutipkan kata-kata beliau ini yang terdapat dalam buku Hadits Tsulasa, halaman 629… “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban.

Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata kesenangan dan romantik, melainkan tolong- menolong dalam memikul beban kehidupan dan beban dakwah…”

Masyarakat Islam bagaikan bangunan kukuh. Keluarga bukan saja sebagai sendi terpenting dalam bangunan tersebut, tetapi juga menjadi unsur pokok bagi umat Islam secara keseluruhan. Kerana itu, agama Islam memberikan perhatian khusus masalah pembentukan keluarga.

Perhatian istimewa terhadap pembentukan keluarga tersebut tercermin dalam beberapa hal, yaitu:

Pertama, Al-Qur’an cukup memperincikan pembentukan keluarga ini. Ayat-ayat tentang pembinaan keluarga termasuk paling banyak jumlahnya dibandingkan dengan ayat-ayat yang menjelaskan masalah lain. Al-Qur’an menjelaskan tentang keutamaan menikah, perintah menikah, pergaulan suami-isteri, menyusui anak, dan sebagainya.

Kedua, sejak Rasulullah SAW mengajarkan takwim keluarga yang sakinah dengan cara memilih calon mempelai yang soleh dan solehah. Rasulullah saw. bersabda, “Pilihlah tempat untuk menanam benihmu kerana sesungguhnya tabiat seseorang biasanya menurun ke anak.”

Sewajibnya rumah tangga seorang muslim itu di dasari semata-mata kerana mencintai ALLAH.

CIRI-CIRI BAITUL MUSLIM

1)Sendi bangunannya adalah ketakwaan kepada Allah swt. Takwa adalah sendi yang kuat bangunan usrah (keluarga). Memilih suami/isteri harus sesuai dengan arahan Rasulullah saw iaitu mengutamakan dari sisi agamanya.

2)Kebahagiaan rumah tangga bukanlah berdasarkan kesenangan harta benda saja, sebab kebahagiaan sejati muncul dari dalam jiwa yang takwa kepada Allah swt. Bila ketakwaan telah menjadi sendi utama, maka kekurangan harta benda menjadi ringan. Ketakwaan yang ada di dalam dada pasangan suami-isteri memunculkan thiqah (rasa saling percaya) dan akan melahirkan ketenteraman serta ketenteraman dalam hubungan suami-isteri. Hubungan antara anggota keluarga akan terasa indah kerana semua sedar akan tanggung jawab dan hak-haknya.

3)Rumah yang dibangun untuk keluarga seharusnya sederhana dan mengutamakan skala terpenting sahaja dengan mengurangi hal-hal yang membazir dan berlebihan.

4)Dalam makanan dan berpakaian, seorang muslim amat sederhana, menekankan aspek kebersihan, dan menghindari dari yang haram, sikap berlebihan (israf), dan bermewah-mewahan. Semua anggota keluarga dipacu untuk memperbanyak berinfak dan bersedekah.
Hindari syubhat, jauhi yang haram, itu moto mereka.Doakan kita semua seperti ini juga.InsyaAllah.

5)Anggaran rumah tangga dipenuhi dari rezeki yang halal dan baik. Sebab, daging yang terbentuk dari daging haram akan dibakar oleh api neraka. Secara teknikalnya, perlu ada kesepakatan antara suami-isteri dalam menentukan perbelanjaan rumah tangga.

Yang jelas, pengeluaran tidak boleh melebihi penghasilan. Cukuplah diri dengan hal-hal yang perlu sahaja kerana kita perlu pentingkan keperluan bukan kehendak.

6)Kita perlu perhatikan hak-hak Allah swt. Tunaikan zakat, menabung untuk pergi haji, sediakan kotak khusus untuk sedekah bagi kemaslahatan umat.

Akhirnya,rumah tangga Islam akan mewujudkan masyarakat yang senantiasa mengharapkan Rahmat Allah SWT kerana kita telah berjanji dengan Allah,kita mengaku kepada Allah,Tiada Tuhan Selain Allah..dengan kalimah ini kita hidup dan dengan kalimah ini kita kembali kepadaNya.

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH DARI ACUAN RUMAH TANGGA MUSLIM INI.INSYA’ALLAH