Dakwah… Sampai bila nak bagi alasan lagi???

Salam perjuangan buat para pendakwah,

 

Berada di atas jalan dakwah bukanlah mudah. Untuk maintain bersama kafilah dakwah memerlukan keikhlasan yang tinggi, kejelasan matlamat, azam dan tekad yang tidak mudah luntur, semangat yang membara, keimanan yang padu dan teman seperjalanan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja: Mahukah anda bersama-sama saya mengemudi perjuangan bersama dengan kafilah dakwah???

 

Kata anak muda yang masih belajar: ” Nanti dulu, saya baru daftar universiti, saya nak fokus study, belajar ni pun ibadah juga, kewajipan utama, nak bantu family… exam dah dekat… banyak assignment… saya perlu pastikan kejayaan cemerlang supaya orang tak tuduh pelajar Islam tercorot, lembab dan malas. Lagipun saya sibuk la… mak ayah tak izinkan… bila saya graduate nanti saya join la dakwah ni…”

 

Bila dah dapat result CGPA 4.00… dah mula dapat tawaran kerja. Gaji pun lumayan… above RM3xxx. Dia mula bagi jawapan: “Saya baru mula kerja… banyak masa untuk settle down… perlu sesuaikan diri dengan tempat kerja… lagipun majikan dah warning… kene buat akujanji pula… saya kena fokus pada kerja. Ini fardhu kifayah… kalau saya tak kerja dengan baik, cemerlang, nanti orang kata pekerja Islam ni tak professional, tak disiplin, tak efisyen… tiap-tiap bulan kena pergi meeting… sibuk… nantilah dulu bila ana free.. tahun ni ana baru dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)… nak balas budi kat bos, nak tunjuk rajin kerja…”

 

nak fokus study dulu...

Bila dah berumur 25 tahun… mula fikir nak berumahtangga. Bila sudah berumahtangga, dia berkata pula: “Ana baru kahwin… banyak problem baru nak sesuaikan hidup berkelamin… nak cari chemistry dengan isteri… kami tak pernah kenal sebelum ni… maklumlah lain-lain universiti… ana belajar kat oversea…zaujah cuma kat UPSI… zaujah kecik hati kalau tak spend masa untuk dia… keluarga pun penting… Nabi pun berdakwah kat keluarga dulu… mertua pula bising kalau asyik keluar… (kalau orang perempuan): suami tak izinkanlah… taat pada suami tu kan penting… tanggungjawab perempuan ialah kat rumah… sibuklah… nanti bila family dah stabil… ana involvelah”

 

Setelah beberapa bulan berlalu… isteri disahkan mengandung.. Dia mula berkata: “orang rumah dah mengandung… tadi pi check doktor… kesian nak tinggal-tinggalkan dia… kena jaga hati dia… zaujah ana ni sensitif… cepat terasa dan merajuk… lagi pun ni first baby… kenalah jaga elok-elok… tiap-tiap hari kena ambik orang rumah… ada appointment dengan doktor… kena pi hantar ke tempat kerja dia… sekarang perut dia dah besar… dah tak boleh buat kerja rumah… nanti muntah-muntah… kalau apa-apa nanti susah… masih sibuk… tunggulah selepas bersalin… baru ana pi usrah…”

 

Bila dah bersalin, ia pun berkata: “Ada baby kecil, ana dah jadi bapa… rasa berat dan banyak tanggungjawab… kadang-kadang rasa simpati kat orang rumah jaga baby… malam pun tak cukup tidur… anak kerap menangis… bila anak sakit, takde siapa jaga… ana kena bagi perhatian… kalau tidak, nanti kawan-kawan kata tak pandai jaga anak… malulah… nanti dah settle semua ni, ana pi lah…”

 

Kemudian isteri mengandung lagi dan beranak, mengandung dan beranak dan seterusnya. Setiap kali diajak attend program, attend usrah, ia menjawab: “Perlu masa lebih kat keluarga… anak-anak nak membesar… gaji tak cukup… kena kerja lebih… ambik kerja lebih masa (OT)… nak bagi nafkah kat keluarga… ini pun wajib… takpe la… tunggu ana dah free dari semua ni… ana joinlah…”

 

Apabila anak-anak sudah besar, dah jadi remaja, dah mula nak bekerja, dah nak cari jodoh, dia mula berkata: “Nak kena tumpu pada anak-anak. Sekaran banyak gejala sosial, kalau tak jaga, nanti anak-anak rosak… dia pilih kawan yang tak baik… orang Islam juga malu.. kerja pun kena lebih… anak-anak nak masuk universiti, nak sambung degree… abang long pun dah nak kahwin… akak pun tak dapat kerja lagi… pening… pening… bagi ana langsaikan semua ni… nak fokus ini dulu… dah settle ni baru ana hadir..”

 

Setelah beberapa tahun bekerja, dia dinaikkan pangkat, lalu dia pun berkata: “saya dapat jawatan baru… banyak tanggungjawab dan makin sibuk… perlu jaga nama baik orang Islam kat company (swasta), ana baru sah gred DG48 (sektor kerajaan), sibuk memanjang… meeting sana meeting sini… semalam kat Putrajaya, hari ni kat Petaling Jaya… nak kena buat preparation… sibuklah… tunggu ana nak pencen…”

 

Bila umur dah cecah 40 tahun … dia berkata pula: “Doktor dah sahkan ana sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan gout… takutlah… kena rehat dan jaga kesihatan.. tak boleh buat kerja berat-berat… badan tak berapa sihat dan kuat… hujung minggu buat terapi… hemodialisis… rasa tak cukup rehat… nanti dululah… kirim salamlah kat teman-teman…”

 

Bila sudah pencen, dia berkata: “ish.. rasa lapang dari kerja… nak berehat dok dengan keluarga, anak-anak dan bermain dengan cucu. pejam celik pejam celik, ana dah ada dua cucu… bila pencen pulak… dapat Jusa C… kawan-kawan pun tak dapat lagi… dakwah ni kerja orang muda-muda… korang orang muda-muda… korang buatlah.. ana dah tua, nak tumpu pada amal hari tua…

 

Ada pula yang berkata: “Malulah buat kerja ni… tak biasalah… masa kat U tu, ada lah join sikit-sikit.. tapi dah lama tinggal dah… rasa segan pulak… macam tak cukup ilmu… nak ajak orang lain pun malu… keluarga sendiri pun tak betul… macam mana nak dakwah pada orang lain.. releklah dulu…”

 

Fikir-fikirkanlah… sampai bila nak berada dalam zon masalah?? sampai bila nak berhujah???

 

Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana sememangnya kehidupan ini tidak akan menyediakan kelapangan. Hidup ini dijadikan penuh kesibukan. Kelapangan bila kita melangkah di awal langkah pertama ke syurga seperti kata Imam Ahmad bin Hambal. Orang yang menanti kelapangan untuk berjuang, samada dia akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya menempel sahaja di tepi medan.

 

Rehlah Masyie Badar Al-Kubra (ISMA Shah Alam) - Hidup indah bila berukhuwah fillah

 

Manakah yang lebih baik: Seorang yang berusaha keras mengatasi halangan dalam kehidupan atau seorang yang hanya berhenti di hadapan halangan setiap kali ia menghalangi laluannya???

 

Sampai bila nak bagi alasan lagi… wahai sang Da’ie???

 

“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya. kemudian ia tidak ragu-ragu lantas berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad…”

 

-dipetik dari buku “Tarbiyah: Dari Zero Ke Hero” karangan Ustaz Azizee Hasan, ISMA Seremban-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: