Perbelanjaan Untuk Eidul Fitr

baju raya (baju melayu) = N/A

baju raya (lain2) = N/A

seluar raya = N/A

songkok raya = N/A

kasut raya = N/A

stokin raya = N/A

selipar raya = N/A

kelengkapan rumah raya (langsir, sofa, carpet, etc) = N/A

jam raya = N/A

rambut raya = N/A

basuh kereta = N/A

mercun & bunga api = lagi la N/A

kuih raya = RM 40

TOTAL = RM 40

 

Kenapa tak beli apa-apa?

alhamdulillah. banyak saya jimat untuk perbelanjaan raya. kenapa saya tak beli? Simple, sebab item2 di atas bukannya keperluan, tetapi hanyalah kehendak.

 

alhamdulillah saya tidak boros dalam perbelanjaan saya. syukur alhamdulillah.

 

anda pula bagaimana? adakah anda berbelanja dengan gelojoh? beli itu, beli ini? yang peliknya, hampir semua yang dibeli akan menjadi barang lama bila tiba raya tahun depan (kalau sampai la). jadi bila barang yg dibeli tahun ni sudah dianggap barang lama, bermulalah sesi shopping untuk barang baru untuk raya tahun depan. and it goes on and on…

 

bijaklah berbelanja. bukannya dengan tiada barang2 di atas, tak boleh nak raya langsung.

 

“takde feel la raya kalau camtu.” -jawapan yg biasa didengari.

lain orang, lain pandangannya. sekali lagi, itu semua kehendak semata-mata. adakah ‘feel’ raya itu datang dengan benda2 material di atas? bagi saya, tidak. itu semua material semata-mata. kalau nak beli pun, janganlah kamu beli secara berlebih-lebihan. beli baju raya sampai 4-5-6 pasang. itu super membazir.

“…Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Surah Al-A’raf : 31)

_____________________________________________________________

 

di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf, zahir & batin kepada semua pembaca. jika ada yg terguris hati, saya memohon maaf. maaf atas segala khilaf. semoga eidul fitr lebih bermakna bagi kita semua tahun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: