Eid Mubarak Kepada Semua

*******************************

Assalamu’alaikum w.b.t.

 

1 syawal, banyak sms bertemakan raya eidulfitri yang sangat bermakna dan kreatif dari rakan-rakan dan sahabat-sahabat. Terutamanya sms-sms yang membawa hati yang sering lalai ini untuk kembali mengingati al-Khaliq. Ada sms yang berbentuk pantun (pantun 2 rangkap & 4 rangkap), ada yang berbentuk hadith, ada yang berbentuk peringatan. Syukran jazilan. Jazakumullahu khair. Tak terdaya saya nak membalas semua sms kalian (sebab banyak sangat. Huhu). Ana asif jiddan.

 

 

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan (ishtaqtu ilaikum kathira. Haqqan!), serta para pembaca sekalian. Maaf atas segala kesalahan-kesalahan yang lalu samada zahir mahupun batin. Sama-samalah kita berdoa agar hati kita tetap di jalan Allah, jalan yang diredhaiNya. Saya juga ingin meminta maaf jika ada hutang yang masih belum saya langsaikan. Saya tak berniat untuk memanjangkan tempoh hutang, tetapi apakan daya, saya hanya manusia yang lemah. Jika ada hutang yang masih belum dilangsaikan, tolonglah ingatkan. Saya juga ingin meminta maaf kepada sesiapa yang pernah saya kasari, tengking, mahupun terganggu dari segi psychology. minta maaf, minta ampun. halalkan rezeki dan ilmu yang kalian telah curahkan.


 

 

Ingatlah, ramadhan telah jauh meninggalkan kita (jauh sebab dah tak boleh kejar balik masa yang lampau (imam al-Ghazali)). Sejauhmanakah kita terdidik dan berubah sepanjang madrasah yang penuh barakah, yakni ramadhan? Tepuk dada, tanya iman. Saya sendiri sering lalai sepanjang ramadhan.

 

 

Ingatlah, pada malam pertama syawal, syaitan kembali bebas, syaitan kembali merdeka. Janganlah kita bebas merdeka bersamanya. Janganlah kita ikut jejak langkahnya. Kuatkan iman. Kuatkan semangat.

 

 

Ingatlah, jika kita menitiskan air mata di pagi syawal, biarlah air mata itu menitis kerana dosa-dosa yang lalu, kerana bulan penuh keampunan telah berlalu pergi dan mungkin tidak akan kembali kepada kita. Buanglah ego kalian untuk menangis. Menangislah kerana Allah. Apa gunanya air mata telah dicipta kalau bukan untuk dititiskan.

 

 

Takbir berkumandang di pagi raya…Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Lailaaha illa Allah wa Allahu Akbar. Allahu Akbar wa lillah-ilhamd. Ingatlah dosa-dosa kita yang lalu. Ingatlah masa kita yang terbazir sepanjang ramadhan. Ingatlah Allah. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

 

Akhir kata, berhati-hati di jalan raya. Bertawakkal-lah kepada Allah. Nescaya Dia akan melindungi mu. Eid Mubarak. Selamat hari raya eidulfitri. Maaf zahir & batin…

 

 

 

Wallahua’lam…

Wassalam…

 

 

Ezzat Khalid

1 Syawal

 

saje xnak tarok gambar terkini

saje xnak tarok gambar terkini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: