Cuti atau Cuti-Cuti?

Multi-purpose Hall

” Semua pelajar boleh beredar ,sekarang”

Suara ketua pengawas ringkas memberi arahan. Kemudian, bertalu-talu kedengaran bunyi seretan kerusi.Kadang-kala kedengaran seakan-akan kerusi itu sedikit dihempuk ke lantai.Bingit dan bising dewan seketika.

Multi-pupose hall, Universiti Tenaga Nasional agak besar,mampu untuk memuatkan 680 orang siswa-siswi bagi kertas Statics MEMB123 pagi ini. Dewan berbumbung biru itu agak sejuk, besar dan amat selesa untuk pelajar mencoretkan kembali segala ilmu yang diajarkan selama lebih empat bulan.

Pelajar mulai keluar daripada dewan, muka mereka seperti kebanyakan kertas peperiksaan sebelumnya,pelbagai. Ada yang ceria bergelak ketawa menampakkan kerongkong yang dalam, barangkali gembira dapat menjawab dengan baik.

Ada juga yang bersedih , menundukkan kepala sambil tangan dijatuhkan kebawah tanpa hayungan biasa. Ah, barangkali gagal untu menjawab dengan baik.

Ada juga yang biasa-biasa sahaja, gembira pun tidak bersedih apatah lagi. Menonong terus menuju ke kenderaan masing-masing yang diparkir di sebelah dewan.Mungkin sudah bertawakal.

Baguslah begitu. ” Hakim, jom pegi makan dulu kat up 10. Pasni aku balik kampung dah lambat lagi pulak nak jumpe” Faiz memberikan cadangan kepada Hakim ketika sama-sama berlalu keluar melepasi pintu dewan.Hakim hanya mangangguk setuju, sambil bibir melayangkan senyuman. Dalam hatinya sekadar terdetik.

” Asal cuti, balik kampung. Huh”

Up-10,Kafeteria UNITen

” Bagi aku alasan kenapa kau nak balik waktu cuti nie.

” Pertanyaan yang agak lembut tapi menikam. Faiz terkedu.

” Ape punya soalan ni? Dah cuti, baliklah kampung. Cuti ” Faiz membalas selamba namun ada penekanan pada perkataan cuti itu.

Sambil duduk di cafeteria berdua, Faiz dan Hakim duduk saling menghadap.Hakim hanya memesan Nasi Goreng Ayam dan air suam, baginya itu lebih sesuai memandangkan jam ditangan menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Faiz lain pula ceritanya, dipesan sepinggan Mee Goreng Mamak, burger daging dan Horlick ais secawan. Memang padanlah dengan badannya yang agak gempal dan berlemak ditengkuk, kelepet lemak jelas kelihatan berombak-ombak di tengkuknya.

” Tapi kenapa perlu balik ke rumah?” Hakim memasang jerat. ” Sebab, kat umah kita tak payah susah-susah macam ni, makan tersedia dah. Celik je mata, hah dah ada makan” Cepat sahaja Faiz menjawab.

” Kenapalah soal makanan yang menjadi persoalan?” Tingkah Hakim.

” Mestilah beb. Mahal tau harga makanan sekarang, baru-baru ni harga beras pun dah naik tau. Huh mana boleh tahan.” Faiz menghurai.

” Ya, aku faham. Tetapi itulah gunanya engkau sebagai mahasiswa. Cubalah cari jalan jeluar. Waktu cuti ni boleh buat pelbagai aktiviti yang bermanfaat di sini.Di rumah aku yakin sebenar-benar yakin, engkau akan tidur, bangun pada tergelincir Matahari dan makan sambil menonton telivisyen sahaja.” Hakim memberikan cadangan dan sedikit ramalan.

” Hei, kat rumahlah aku boleh buat pelbagai aktiviti.” Faiz mempertahankan diri.

” Aktiviti apa?” Hakim ringkas bertanya.

” Aku nak tolong mak aku la. Aku nak tolong ayah aku. Nak tolong adik aku.” Senang Faiz menjawab tetapi kabur.

” Tolong apa?” Sekali lagi soalan bagaikan keris,tajam.

” Err. Err, eh adalah aktiviti nanti. Kau apa tahu. Hish.” Faiz menjawab malas.

Suasana menjadi sepi, masing-masing mempertahankan ego. Lelaki, memang keras dengan pendiriannya. Kepala Hakim mula berputar ligat memikirkan tentang mahasiswa berhati bayi ini. Inikah mahasiswa kita?

Mahasiswa yang “bayi”

Pengertian cuti bagi mahasiswa pasca moden kini adalah rehat sehabis-habisnya. Berehat sehingga ketitisan keringat yang terakhir. Cuti adalah waktu untuk bersama keluarga, membantu ibu dan bapa, mengasuh adik-adik dan bersama kawan-kawan di kampung.

Betulkah kita menolong ibu bapa di kampung ketika cuti?

Betulkah kita mengasuh adik?

Berdasarkan pengalaman saya, itu semua pendustaan terancang yang kita lakukan. Pembohong.

Tapi, lepak bersama kawan-kawan kampung itu betul.

Inilah realiti mahasiswa. Pemikiran kita telah terdidik ke sebuah sistem yang amat busuk dan hina. Sistem ini jelas mengkeldaikan mahasiswa kita.

Mahasiswa yang sepatutnya telah matang dalam umur 20 tahun dianggap kecil. Mahasiswa yang sepatutnya teguh memajukan bangsa dianggap bodoh lagi.

Bila menjawab sedikit maka terkeluarlah perkataan. ” Alahai biarlah. Diakan masih belajar”

” Alahai biarlah, dia kena tumpu study”

“Alahai, biarkan. Budak lagi tu”

Budak? Budak apanya lagi kalau misai sampai boleh di gigit-gigit, janggut memenuhi dagu, jambang panjang sedepa?

Kadang –kala saya rasa kasihan melihat seorang siswa yang senior daripada saya, bertenggek di tangga sambil menelefon. Apa katanya?

” Ayah, tolong top up kan along. Kredit along dah habislah” Subhanallah, misai lebat janggut penuh jambang pun panjang. Namun untuk membeli kredit telefon pun masih meminta kepada ayah.Mahu dicarutkan, hati kata jangan, nasib baik.

Sungguh bayi mahasiswa itu.Sungguh bayi. Sungguh.

Terkenang kata-kata para atuk di kampung saya.

” Dulu, masa atuk umur 13 tahun, atuk tak pergi sekolah. Tapi atuk pegi ke sawah.” Cakap atuk. ” Atuk sorang je usahakan sawah?” Saya bertanya. ” Ya. Atuk sorang je, sawah tu mahu ada 4 petak.Masa tu atuk kuat lagi tak macam sekarang nie.Umur 17 dah nikah ngan nenek kau, atuk ngorat masa jalan balik daripada sawah.Hehe” Saya ketawa dengan ayat yang hujung, tetapi kagum dengan ayat-ayat yang lain. Hebatnya. 13 tahun sudah ke sawah , bertanggungjawab. Mahasiswa kita? 23 tahun pun belum mampu bayar zakat fitrah sendiri. ” Aku bawah tanggungan ayah aku la” Senang sahaja menjawab. 

 Cuti-cuti

Saudara-saudaraku.

Di waktu cuti inilah peluang untuk kita.

Boleh sahaja antara kita mencari sedikit peluang pekerjaan. Terlalu banyak peluang untuk menambah pendapatan, sekurang-kurangnya boleh mengembalikan duit PTPTN atau apa-apa duit yang telah digunakan untuk membeli benda mengarut. Di waktu cuti inlah peluang untuk kita mengaut pengalaman.

Di waktu cuti ini, pergilah ke rumah saudara-mara kita. Rapatkanlah kembali ikatan kasih sayang yang telah lama terputus. Leraikan simpulan yang membelit kekeluargaan kita. Saya yakin antara kita masih ada yang tidak mengenali saudara-mara.

Di waktu cuti inilah peluang memuji tuhan.

Boleh sahaja antara kita melancong ke tempat-tempat menarik. Lawatilah Malaysia sebenar-benarnya. Hayatilah keindahan Malaysia, dan renungkanlah ciptaan Allah di sekelilngnya.

Di waktu cuti inilah peluang kita untuk berdakwah.

Boleh sahaja di kalangan kalian saling belajar ilmu agama, mengikuti kelas-kelas pengajian dan menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Inilah masanya untuk semua itu, kalau tidak di waktu cuti, bilakah lagi?

Saudara-saudaraku.

Kalau benar kepulangan kalian membuatkan hati seorang ibu senang, kasih seorang ayah bercambah, maka pulang dan bantulah mereka. Andaikata kepulangan kalian membuatkan ayah menyampah dan ibu naik marah, pulanglah tetapi usah terlalu lama.Inilah pengertian cuti-cuti, cuti yang membawa kesenangan dan ketenangan. Moga kita lebih matang. Amin.

2 Responses to Cuti atau Cuti-Cuti?

  1. miSs Q says:

    Assalamu’alaikum..hmm..no word to say.Pe yg cbe saudara ketengahkan mmg realiti.Tak rmi di luar sna yg bjk dan komited dlm m’agih msa.Alih2,msa t’buang tnpa ilmu dan manfaat.Sukar mencri mhsswa yg bnr2 m’hrgai msa.

    Apa slhnya jka cuti yg t’luang ini kta bljr m’cr rezki. Biar kita tau betapa byk keringat yg perlu dikerah demi hidup di abad moden.Bljrlah utk b’fikir jauh..duit pun dpt,tp yg lbh utama,penglaman yg kita genggam..sgt2 x t’nilai..

    Seperkara lg,jgnlah smpi dikta bongkak,diploma/ijzh blom dipegang,sdh pndai memilih k’jy..gnakan ms yg ada utk lbh utk m’pljri mngktkan potensi diri..dgn bkja,kta lbh terdedah kpd plbgi situasi,rgm org,dan bntuk khdpan. Dari sini,kta bljar utk b’dpn dgn sgla yg -ve,dan kta cba m’bntk ssuatu yg +ve…hehe..hdp tnpa cbrn,umpma kari x b’grm. Apa yg sy tau lagi, “ujian itu x smstinya satu hkman,ttp,jga satu nkmt!” =)

  2. +batumulia+ says:

    lololo…leh jumpa plak taim leaders ari tuh…thehehe…ble nk blk jb…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: