Utamakan Keselamatan

Pukul 2.45 petang, kereta Honda Civic berwarna merah meluncur di lebuhraya utara selatan dari Skudai ke Kuala Lumpur dengan kelajuan 110km/j. Pemandu sedang asyik mengunyah Dentyne sebagai ikhtiarnya untuk tidak mengantuk. Lagu-lagu nasheed dipasangkan melalui radio kereta untuk menghiburkan hati tatkala kebosanan ketika memandu. Pemandangan hijau ciptaan Allah di kiri dan kanan lebuhraya sering menenangkan hati sesiapa yang merinduiNya. Pemandangan sekeliling sering kali mengingatkan kita akan Pencipta kita. Sepertimana dalam sebuah lagu berjudul Hikmah Kembara,

 

berjalan, bermusafirlah, melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir”

 

Tiba-tiba, jalan mulai sempit. Lebuhraya yang ada tiga lorong menjadi satu lorong kerana ada construction di sebelah kiri jalan. Kereta Honda Civic merah kini berada di belakang sebuah lori tangki gas PETRONAS. Trafik mula bergerak perlahan. Tiba-tiba sang pemandu menangkap sebuah ungkapan di belakang lori tersebut. Ia tertera “Utamakan keselamatan, berhati-hati di jalanraya, memandu ikut peraturan, bukan mengikut perasaan.”

 

Ungkapan itu membuatnya terfikir. Lalu dikatakan kepada adiknya yang berada di tempat duduk sebelah driver,

 

“Amier, salin ayat yang kat belakang lori tu. Yang utamakan keselamatan tu.”

 

Pemandu menghulurkan handphonenya kepada adiknya. Sedang adiknya menyalin ungkapan itu, adiknya pelik mengapa tiada space pada keypadnya.

 

“eh lupa, kalau nak space, tekan butang hash. Sony Ericsson ni lain sikit.” Kata sang pemandu.

 

Setelah itu, sang pemandu memikirkan dan mentafsirkan ungkapan itu. Apa yang difikirkannya?

 

Utamakan keselamatan, berhati-hati di jalanraya

Memang kita akan mengamalkan sikap utamakan keselamatan dan berhati-hati ketika memandu. Sudah menjadi lumrah manusia ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Begitu juga dengan kehidupan. Kita perlu berhati-hati dalam kehidupan seharian. Kenapa pula nak berhati-hati dalam kehidupan seharian? Ini kerana kita ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Mana destinasi kita? Destinasi kita adalah syurga Allah. Ketahuilah bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan, tempat untuk manusia mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak.

 

 

Macam mana nak mengutamakan keselamatan dan berhati-hati dalam kehidupan?

 

Menjaga pandangan adalah salah satu daripadanya.

30. Katakanlah kepada laki-laki beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (Surah An Nuur, ayat 30)

Bukan lelaki je,

31. dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung. (Surah An Nuur, ayat 31)

 

Terang lagi bersuluh bahawa Allah memerintahkan kepada kita untuk menjaga pandangan dan menutup aurat. Sama juga seperti batas-batas pergaulan. Perlulah kita jaga batas-batas itu. Pergaulan hendaklah mengikut syariat Islam.

 

Memandu mengikut peraturan, bukan mengikut perasaan

Cuba kalian tafsirkan ungkapan ini dari perspektif Islam. Apabila manusia hidup tanpa peraturan, mengikut sesuka hati, mengikut nafsu, maka porak perandalah hidup kita di dunia ini. Hidup akan penuh dengan maksiat. Cuba kita lihat di zaman jahiliyyah Arab. Seseorang boleh menjadi hamba seseorang dengan hanya main game baling kayu je(diambil dari movie Muhammad, The Last Prophet). Semudah itu saja. Wanita dipandang sebagai suatu objek untuk kepuasan nafsu. Begitulah kehidupan sebelum Islam diturunkan kepada Rasulullah. Al Quran dan hadith diturunkan sebagai panduan (peraturan) hidup. Sesiapa yang berpegang teguh kepada keduanya, nescaya dia tidak akan sesat selama-lamanya. Islam sebagai pegangan hidup. Itulah yang diikrarkan ketika kita mengucapkan kalimah syahadah setiap kali dalam solat (tahiyyat). Hendaklah kita mengamalkan islam secara syumul (menyeluruh). Bukan dengan cara memilih dan menolak apa yang senang di hati. Tidak sama sekali.

Apabila kita masak kari ayam, kita dengan sengaja tidak mahu masukkan perencah kari ke dalam masakan. Apakah masakan itu akan menjadi kari ayam? Ia takkan jadi kari ayam. Samalah dengan Islam. Kalau kita menolak sebahagian daripada ajaran agama, maka itu bukan lagi Islam. Islam merangkumi segala aspek kehidupan. Itulah Islam yang syumul. Saat kita tidur, makan, ke tandas, bersukan, belajar, berpakaian, hendaklah kita mengikut garis-garis panduan yang telah ditetapkan syariat.

 

Apakah peraturan hidup kita di saat ini? Adakah kita melaksanakan Islam yang syumul? Tepuk dada, tanya iman. Dunia negeri beramal, dan akhirat negeri menerima balasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: