Launching…

Assalamualaikum…

salam perjuangan dan salam ukhuwah buat semua sahabat-sahabat yang sedang berjuang di jalan Allah, di jalan yang telah didahulukan oleh Rasulullah tercinta, dan kita sebagai rantai penyambungnya sehingga ke akhirat kelak…insyaAllah.

Alhamdulillah saya telah ‘melaunchkan’ blog saya yang tak seberapa ini. saya sebenarnya tak berminat untuk menulis blog sendiri. saya lebih gemar untuk membaca blog orang lain, lebih-lebih lagi blog sahabat-sahabat seperjuangan. memang menarik. saat membaca blog sahabat-sahabat, saat itulah terdetik di hati saya untuk memulakan blog saya sendiri untuk menyebarkan segala ilmu yang dipelajari. oleh kerana saya tak reti nak mengarang, kebanyakan post akan diambil dari blog sahabat-sahabat yang telah saya baca. insyaAllah saya akan mengarang satu hari nanti. manelah tau, satu hari nanti saya akan menjadi penulis buku kelak. ameen ya Rabbal ‘Alameen.

Blogging

saya pernah bertanya kepada seorang sahabat, “apa tujuan blogging ni sebenarnya?”, sahabat itu menyatakan bahawa blogging adalah sesuatu yang bebas. terpulang kepada sang blogger untuk menceritakan apa-apa, termasuk apa yang terjadi kepada sang blogger hari ini, apa yang orang tu buat, apa yang orang ni buat, dan macam-macam lagi. menurut pandangan saya, blogging tentang diri sendiri hanyalah membuang tenaga, masa dan duit (pasal nak gune internet kena bayar). blogging tentang diri sendiri hanyalah menunjukkan yang sang blogger hanya berfikir tentang diri sendiri. terpulang kepada blogger untuk membangkang, tapi ini hanya pandangan saya, pandangan seorang hamba yang hina di muka bumi ini.

Macam mana nak buat blog yang bagus?

terpulang kepada individu untuk menyatakan kategori blog yang bagus. ada yang kata blog yang banyak lawak tu best, ada yang kata blog yang banyak gosip hangat itu bagus (kononnya nak menunjukkan anda peka dengan dunia). menurut pandangan saya, blog yang best adalah blog yang dapat membina individu-individu yang membacanya. ini tak semestinya buat post tazkirah saja. boleh je nak post cerita-cerita, tapi postlah cerita yang boleh diambil iktibar. walaupun sang blogger blog (harap tak konfius dengan bahasa yang digunakan) tentang dirinya sendiri, blognya akan berkualiti apabila apa yang dialami sang blogger dapat diambil iktibar dan pengajaran oleh orang lain. ini hanya satu cara praktikal yang saya tahu untuk mempraktikkan blog untuk mencari keredhaan Allah. ada banyak lagi, tapi saya yang jahil tak tahu apa caranya.semoga Allah memberi hidayah untuk mencari jalan lain untuk mendapatkan lagi keredhaanNya.

itulah sedikit sebanyak yang dapat saya berkongsi bersama sahabat-sahabat seiring dengan launching blog saya ni. saya mengingatkan diri saya sendiri sebelum menasihati sahabat-sahabat yang lain. akhir kata, jazakallahu khair…

Assalamualaikum…

One Response to Launching…

  1. miSs Q says:

    Assalamu’alaikum..congrates! wlupun x b’rs diri mmpu utk mngarang,sekurang2 nya saudara ttp mnyahut cbrn. Manusia,mmg slalu bgtu..(t’msk dr sy)..b’fikir yg kta x mmpu mlakukan itu atau ini.Tp,bg sy,yg pntg kta cba dahulu.Kalo x m’cba, kta x kan tau thp kmmpuan kta.Life always be like that. Every step in our life is a learning process.Face the reality.w’s.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: