Cinta Selepas Nikah

Cinta Selepas Nikah bukan bermakna tiada cinta sebelum nikah. Cinta itu memang ada. Perasaan cinta itu memang wujud. cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi cinta.

 

Bagi saya, maksud saya cinta selepas nikah itu ialah “percintaan/bercinta” yang wujud hanyalah selepas nikah,hanyalah selepas sah akad nikah.

 

Tiada “percintaan/bercinta” sebelum nikah. kita lihat anak-anak muda sekarang kebanyakannya “bercinta” sebelum nikah atau istilah mereka “couple”. Tiada istilah “Couple” dalam islam sebelum menikah. “Couple” itu wujud hanyalah selepas nikah.

 

Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan “bercinta” sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi “kawal” nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah.

 

Nikmatnya Cinta Selepas Nikah itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. InsyaAllah. Redha Allah dicari, bukannya kemurkaan Allah.

 

from Cinta Selepas Nikah

 

Alhamdulillah. Sudah lebih sebulan saya bernikah. Ya bercinta selepas nikah itu memang lebih manis. bukannya sebab si dia sudah jadi halal bagi kita. Tidak. Ini kerana kita dapat rasakan keredhaan dariNya. Kita haruslah berdoa semoga Allah sentiasa redha dengan pernikahan kita.

 

Ada tak couple yang berdoa kepada Allah supaya redha dengan perhubungan mereka? tidak. common sense. Buat maksiat, tapi doa untuk keredhaan Allah. in the words of Baba Ali, “JOKE!!!”

 

ini termasuk juga untuk pasangan-pasangan yang sedang bertunang. Tak perlulah lafazkan apa-apa kata sayang. Ya cinta itu fitrah, manusia secara naturalnya ingin dicintai dan mencintai, tapi jangan jadikan ia fitnah. berhubunglah hanya jika ada keperluan.

 

saranan saya, bernikahlah. anda akan sempurnakan separuh daripada agama. selepas nikah, jagalah separuh daripada agamamu agar tidak kehilangannya.

 

Image

 

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah ^_^

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: