Bulan

October 15, 2011

dulu

aku gembira melihatmu,

memancar cahaya terang

menyinar kegelapan malam,

aku gembira kerana teringat Tuhan

aku gembira kerana teringat seseorang.

 

kini

aku gembira melihatmu

aku gembira seketika

pabila mengingati Tuhan

ku ucapkan “SubhanAllah”

Maha Suci Allah

 

tetapi perasaan itu berubah

ketika ku teringatkan seseorang

aku cuba menepis

aku cuba menolak

 

“mengapa?”, kau tanya

kerana seseorang itu masih belum halal bagiku

ingatanku pada seseorang itu masih belum diredhaiNya

masih lagi dalam godaan syaitan

 

insyaAllah, akan tiba masanya

bila ku dongak ke langit melihat mu

aku akan mengingatiNya

kemudian aku akan mengingati seseorang itu

aku mengucapkan syukur kepadaNya

kerana mengurniakan aku seseorang itu

bila aku melihatmu

 

Ezzat Al-Mujahid

[ni merapu namanya...]


What Have You Done?

October 6, 2011

Jangan bertanya apa yang dakwah berikan kepada mu, tapi bertanyalah apa yang telah engkau berikan pada dakwah mu dari kehidupan mu, harta mu, masa mu dan nyawa mu


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.