Hukum Penggunaan Gitar Dalam Islam

Sebagai pengenalan, perlu diingatkan bahawa asal sesuatu hukum adalah harus. Namun, ia boleh berubah menjadi haram atau dibolehkan mengikut dalil yang menyokongnya.

Nyanyian adalah diharuskan bagi golongan yang pertengahan(orang yang tidak dikuasai rasa cinta asyik yang mendalam terhadap Allah dan tidak juga dikuasai oleh hawa nafsu yang memuncak). Hal ini kerana, bagi orang yang terlalu asyik dengan Allah, nyanyian adalah baik untuknya manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu, nyanyian adalah haram untuknya.

Namun demikian, jika nyanyian dijadikan sebagai kebiasaan sehingga banyak waktunya dihabiskan untuk itu, maka dia tergolong dalam kalangan orang bodoh yang kesaksian mereka ditolak.

 

Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah melarangnya.

Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :

Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok juga tidak boleh.

Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadi lambang dan simbol kepada peminum arak juga diharamkan iaitulah autar dan mazamir.

Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya sama lah seperti hukum berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan mukaddimah ke arah maksiat keji tersebut.

Oleh itu, alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak dengan 3 sebab:

  1. Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.
  2. Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.
  3. Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”

Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian menyatakan:

Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia.

Bersesuaian dengan firman Allah,

katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?”

(Al-A’raf:32)

Kesimpulan

Segala apa yang telah diterangkan diatas merupakan hujah yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali bagi menjelaskan sebab beliau mengharamkan penggunaan alat muzik yang bertali dan yang ditiup dengan mulut.

Hakikatnya, tiada satu nas(hadis) pun yang sahih dan jelas melarang penggunaan alat muzik ini. Namun begitu, beliau (semoga Allah meredhainya) telah menerima hadis-hadis yang diriwayatkan dalam isu ini dengan dada yang terbuka dan kemudian beliau cuba menafsirkannya sepertimana yang telah dihuraikan di atas.

Jika beliau meneliti dengan lebih mendalam mengenai sanad-sanad hadis yang diriwayatkan itu, tentu beliau tidak perlu bersusah payah mencari sebab musabab kepada hukum haram alat-alat muzik tersebut . Namun begitu, apa yang beliau sebutkan ini amat berguna bagi orang yang tidak menerima hakikat bahawa hadis-hadis tersebut adalah dhaif. Semoga Allah memberkati usaha beliau.

Sekian. Sedikit perkongsian mengenai isu alat muzik di dalam Islam. Jika ada sebarang kekurangan atau kesalahan harap dapat diperbetulkan. Wallahua’lam.

RUJUKAN:

  1. NYANYIAN DAN MUZIK MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH(CETAKAN PERTAMA:OGOS 2006), DR. YUSUF AL-QARDAWI.

 

Dipeitk dari perjalananjauh.wordpress.com

5 Responses to Hukum Penggunaan Gitar Dalam Islam

  1. kritikan says:

    ini bermakna gambus pon haram juga?knp ada nasyid yg menggunakan gitar?

  2. ezzat says:

    assalamualaikum.
    saya sarankan saudara/i membaca semula post ini dengan teliti dan cuba fahamkan dengan merujuk ustaz2 yang thiqah. kalau boleh, saudara/i baca sendiri buku Dr. Yusuf Qardhawi. syukran. wassalam

  3. faisal says:

    assalamualaikum..
    hmm..saye pon x brape nak faham..
    tp saye ade terbace dlm blog seseorg tuh mengatakan bahawa main gitar adalah harus..ia bertukar menjadi haram apabila kita lagha bermain gitar sehingga meninggalkan solat 5 waktu..

  4. Ehsan Yahaya says:

    terbaik

  5. nonsense la kalau bermain alat muzik tu haram…actually semua benda pun akan jadi haram kalau kita over sangat smpai xingat tuhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: