Reminder Untuk Diri Ini…

July 17, 2009

kesusahan yg harus ditempuhi, janganlah memandangnya sebagai suatu halangan. itu adalah cabaran buat diri untuk mencapai suatu cabaran. cabar diri anda untuk menghadapinya. insyaAllah anda mampu menghadapinya…

Aizzat Bin Khalid

3.23 pm – makmal 12 FSKM


Penantian…

June 21, 2009

penantian adalah satu ujian
tetapkanlah ku selalu dalam harapan
kerana keimanan tak hanya diucapkan
adalah ketabahan menghadapi cubaan

sabarkanlah ku menanti pasangan hati
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini
di dalam asa diri menjemput berkah-Mu
tibalah izin-Mu atas harapan ini

doaku...

Rabbi, teguhkanlah ku di penantian ini
berikanlah cahaya terang-Mu selalu
Rabbi, segala upaya hamba-Mu ini
hanyalah bersandar semata kepada-Mu

Rabbi, redhailah penantianku ini
hadirkanlah ketenteraman di dalam hati
Rabbi, hanya pada-Mu-lah doaku ini
duhai tempat mengadu segala resah diri

Dani Setiawan – http://danisetiawan.multiply.com/


Bila Kita Mencintai Yang Lain

June 20, 2009

“bila kita mencintai yang lain,

mungkinkah hati ini akan tegar….”

untuk difikirkan,

kalau kita mencintai selain dari Allah, adakah kita akan sentiasa tetap di jalan-Nya???

fikir-fikirkan…

ezzat – 20 jun 2009 – 7.23pm


Rembulan Di Langit Hatiku

December 23, 2008

Rembulan di langit hatiku
Menyalalah engkau selalu
Temani ke mana meski ku pergi
Mencari tempat kita tuju

Kan ku jaga nyalamu selalu
Pelita perjalananku
Kan ku jaga nyalamu selalu
Rembulan di langit hatiku

Rembulan di langit hatiku
Teguhlah engkau pandu aku
Ingatkanlahku bila tersalah
Menempuh tempat kita tuju

Doakanlahku di solat malam mu
Pelita perjalananku
Doakanlahku di solat malam mu
Rembulan di langit hatiku


Terbang

December 17, 2008

Assalamualaikum.

minta maaf banyak2. da lame x update. 2 minggu tergadai di uitm segamat. akan diceritakan tentangnya x lame lagi.

food for thought…

“Flying is HARD, Falling is HARDER”

think about it


Program Cuti Sekolah KRIM

October 29, 2008

Program ‘Boyz II Men’ & ‘Pretty Gurlz’

Anjuran : Kelab Remaja ISMA

Tempat : Kem Herba Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor

Tarikh : 14 – 16 November 2008

Bayaran : RM 90

Berkumpul di pejabat ISMA pada jam 8.00 malam 14hb.

Alamat :

pejabat isma
D/A Ikatan Muslimin Malaysia
No 25-1-1 & 27-1-1
Jalan Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

belakang pusat rawatan az-zaharah
berdekatan masjid hasanah, billion pkns bangi
restoran amir

poster adalah untuk promosi semata-mata

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://remajaisma.wordpress.com/2008/10/24/program-cuti-sekolah-krim-hulu-langat/

atau hubungi:

Sdr. Lizal Iswady - 013 2525869

Sdr. Zakir Hussein – 019 2412192

Sdr. Khairudin Ali – 019 2677180

Pn. Asma’ Ahmad – 013 3832192

Pn. Rasyidah – 019 2676074

Cik Azeana – 019 9028172

 


Kisah Pondan Bertaubat

October 25, 2008

Ini adalah kisah tentang Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator@penyambut tetamu.Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, dia tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan, oopssss, Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang ‘wanita’.

Penampilan barunya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah. Lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari. Apatah lagi kalau skirt pendek kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir. Macam-macam ada. Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan. Takut-takut ada yang patah hati nanti.

Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya.

Hari demi hari berlalu dengan pantas. Kehidupan kotaraya makin mencabar. Kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan. Kes jenayah makin menjadi-jadi. Rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampungnya itu.

Dipendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu, dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi ayu, dengan skirt pendeknya dan rambut ala-ala Norrita. Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya adalah kawannya si Hamdan (Ayu) disebabkan ke’Ayu”an. Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabra cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 360 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula berdebar. Namun Ayob masih maintain machonya

Ayob : Apesal ni?

Ayu : Yob, aku menyesal. Aku nak bertaubat. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi ni lagi. Aku insaf. Insaf. TAUBAT. Aku tak nak nama dan gambar aku keluar masuk TV ataupun surat khabar macam dot dot dot tu. Isk isk isk huaaaaaa…

Ayob : Baguslah kalau macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di kampung) Aku pun selalu juga doa untuk kau untuk balik ke pangkal jalan. Alhamdulillah.

Ayu : Betul lah Yob. Kaulah kawan aku dunia dan akhirat. Mulai hari ini Yob, aku akan berazam untuk berubah. Aku nak ubah penampilan aku. Aku akan tutup aurat betul-betul. Aku nak pakai tudung dengan baju kurung ala-ala Waheeda gitu. Takmau dah dedah aurat. What do u think Ayob ?

Ayob : #$5@&* !!! Astagfirullah (Ingatkan nak taubat betul-betul)

 


Eid Mubarak Kepada Semua

October 1, 2008

*******************************

Assalamu’alaikum w.b.t.

 

1 syawal, banyak sms bertemakan raya eidulfitri yang sangat bermakna dan kreatif dari rakan-rakan dan sahabat-sahabat. Terutamanya sms-sms yang membawa hati yang sering lalai ini untuk kembali mengingati al-Khaliq. Ada sms yang berbentuk pantun (pantun 2 rangkap & 4 rangkap), ada yang berbentuk hadith, ada yang berbentuk peringatan. Syukran jazilan. Jazakumullahu khair. Tak terdaya saya nak membalas semua sms kalian (sebab banyak sangat. Huhu). Ana asif jiddan.

 

 

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan (ishtaqtu ilaikum kathira. Haqqan!), serta para pembaca sekalian. Maaf atas segala kesalahan-kesalahan yang lalu samada zahir mahupun batin. Sama-samalah kita berdoa agar hati kita tetap di jalan Allah, jalan yang diredhaiNya. Saya juga ingin meminta maaf jika ada hutang yang masih belum saya langsaikan. Saya tak berniat untuk memanjangkan tempoh hutang, tetapi apakan daya, saya hanya manusia yang lemah. Jika ada hutang yang masih belum dilangsaikan, tolonglah ingatkan. Saya juga ingin meminta maaf kepada sesiapa yang pernah saya kasari, tengking, mahupun terganggu dari segi psychology. minta maaf, minta ampun. halalkan rezeki dan ilmu yang kalian telah curahkan.


 

 

Ingatlah, ramadhan telah jauh meninggalkan kita (jauh sebab dah tak boleh kejar balik masa yang lampau (imam al-Ghazali)). Sejauhmanakah kita terdidik dan berubah sepanjang madrasah yang penuh barakah, yakni ramadhan? Tepuk dada, tanya iman. Saya sendiri sering lalai sepanjang ramadhan.

 

 

Ingatlah, pada malam pertama syawal, syaitan kembali bebas, syaitan kembali merdeka. Janganlah kita bebas merdeka bersamanya. Janganlah kita ikut jejak langkahnya. Kuatkan iman. Kuatkan semangat.

 

 

Ingatlah, jika kita menitiskan air mata di pagi syawal, biarlah air mata itu menitis kerana dosa-dosa yang lalu, kerana bulan penuh keampunan telah berlalu pergi dan mungkin tidak akan kembali kepada kita. Buanglah ego kalian untuk menangis. Menangislah kerana Allah. Apa gunanya air mata telah dicipta kalau bukan untuk dititiskan.

 

 

Takbir berkumandang di pagi raya…Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Lailaaha illa Allah wa Allahu Akbar. Allahu Akbar wa lillah-ilhamd. Ingatlah dosa-dosa kita yang lalu. Ingatlah masa kita yang terbazir sepanjang ramadhan. Ingatlah Allah. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

 

Akhir kata, berhati-hati di jalan raya. Bertawakkal-lah kepada Allah. Nescaya Dia akan melindungi mu. Eid Mubarak. Selamat hari raya eidulfitri. Maaf zahir & batin…

 

 

 

Wallahua’lam…

Wassalam…

 

 

Ezzat Khalid

1 Syawal

 

saje xnak tarok gambar terkini

saje xnak tarok gambar terkini


Himmah ‘Aliah

September 23, 2008

Perkataan himmah digunakan untuk membayangkan maksud kehendak untuk mencapai suatu objektif tertentu. Manusia secara psikologinya sentiasa menghendaki sesuatu yang baru. Citarasa dan kehendak yang sentiasa berubah dan baru adalah sifat normal bagi setiap insan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak memperbaharui keinginannya atau tidak ada keinginan, dia dianggap sebagai bermasalah dan dia mungkin menghidapi penyakit kemurungan.

Perkataan humum pula membawa maksud satu keadaan seseorang yang pemikiran dan keperihatinannya sibuk dan tertumpu dengan suatu perkara. Bila seseorang itu sibuk berfikir tentang masalah hutang, tidak mempunyai pekerjaan atau persiapan peperiksaan maka perkara itu menjadi humum dia ketika itu. Sudah disebutkan bahawa setiap orang secara normal akan memperbaharui cita-citanya. Apabila dia menghadapi kegagalan dia tidak buntu dan terperangkap dengan humumnya itu. Sebaliknya dia akan mencipta keinginan dan cita-cita baru.

Mukadimah ini membawa kita untuk memahami maksud perkataan yang sering kita dengar dalam ceramah-ceramah iaitu “himmah a’liah” atau himmah yang tinggi. Himmah yang tinggi ialah satu bentuk cita-cita/keinginan atau kehendak yang dikaitkan dengan satu tujuan atau matlamat yang tinggi seperti keredaan Allah, syurga dan melepaskan diri dari neraka, mengembalikan khilafah, amal-amal ke arah mengembirakan manusia sejagat atau sebagainya. Mereka yang menyemat dalam dirinya tekad untuk berkerja ke arah mencapai tujuan tersebut tidak kira berapa lama masa yang diperlukan, berapa kos yang perlu dibayar dan berapa pengorbanan yang perlu dicurahkan. Mereka adalah orang yang memiliki himmah yang tinggi.

Allah Matlamat Kami

Allah Matlamat Kami

Ada pun mereka yang menggantungkan cita-citanya pada tujuan yang hampir, kecil dan remeh seperti menjadi kaya, berjaya dalam profesyen, beristeri cantik, berumah besar, perniagaan besar, disanjung dan sebagainya serta tidak sanggup mengabaikan sedikit keselesaan yang ada, merupakan mereka yang memiliki himmah yang kerdil dan rendah. Disebalik himmah yang kerdil ini ada yang lebih kerdil seperti mereka yang hanya rela dengan apa yang ada dan tidak ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik, apatah lagi melalui kesukaran untuk matlamat yang jauh. Di bawah status ini kita anggap sebagai mereka bermasalah dan mengalami kelesuan atau kemurungan.

Dunia hanya permainan

Dunia hanya permainan

Pendakwah hendaklah seorang yang memiliki himmah yang tinggi kerana mereka adalah orang yang menyematkan dalam diri mereka cita-cita untuk merealisasikan matlamat yang tinggi seperti menegakkan kalimah Allah, mengembalikan kehidupan Islam dalam masyarakat, menegakkan khilafah atas manhaj kenabian dan di sebalik itu semua, mereka inginkan keredaan Allah Yang Maha Tinggi. Mereka tidak lemah dengan apa-apa halangan bahkan sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran. Adapun mereka yang mendakwa diri mereka “pendakwah” sedang cita-cita mereka tidak lebih dari sekadar mencapai kedudukan dan kekayaan duniawi atau menikmati kesenangan sementara, jauh sekali mereka itu dari ciri pendakwah yang sebenar.

Persoalannya bolehkah seseorang menjadi pendakwah yang tinggi himmahnya tanpa dia bersedia berkorban mengecapi keselesaan, kerehatan, kesihatan yang diidamkan oleh semua orang? Tentu sekali tidak.

Perjuangan ini menuntut pengorbanan darimu

Perjuangan ini menuntut pengorbanan darimu

Firman Allah yang bermaksud:

“Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan mengucap kalimah, “kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji?”. (Al-‘Ankabut 29:2)

Jawapan tentunya tidak. Ujian pasti berlaku supaya jelas antara orang yang benar-benar terpilih dari kalangan mereka yang berhimmah tinggi dengan orang yang hatinya hanya bergantung kepada kesenangan yang hampir.

Saya rasa perasaan ingin mempertahankan keselesaan dan kesenangan yang hampir telah menarik sesetengah orang untuk berpada dengan himmah yang rendah dan sederhana, dan menarik diri secara tidak rasmi dari rombongan dakwah yang berjalan menuju Allah.

Allah berfirman maksudnya:

“Apa kena dengan kamu, apabila diseru supaya keluar berjuang, kamu menjadi berat. Adakah kamu telah redha dengan kehidupan dunia yang hampir?”. (At-Taubah 9:38)

“Bahkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia sedangkan akhirat lebih baik dan lebih kekal”.(Al-A’laa 87:16-17)

Humum duniawi telah melupakan kita terhadap tanggungjawab membela umat dan tugas jihad memuliakan agama. Jadual harian kita padat dengan aktiviti-aktiviti untuk mencapai tujuan yang hampir, kita tidak ada masa lagi untuk aktiviti ke arah menegakkan matlamat yang lebih jauh, lebih tinggi dan mulia di sisi Allah dan juga manusia.

Ustaz Rusydi Alias buat presentation tentang himmah 'aliah

Ustaz Rusydi Alias buat presentation tentang himmah

Orang yang mempunyai himmah yang tinggi, humumnya untuk mencapai cita-cita yang tinggi dan orang yang mempunyai himmah yang rendah humumnya pada perkara-perkara yang rendah juga. Orang yang tidak punyai humum dengan dakwah bermakna sudah jatuh himmahnya dan tergolong dalam golongan orang yang lesu.

wallahu’alam


Wahai Aktivis Dakwah

September 16, 2008
************************************
Ikhwanul Muslim,
Langkah kalian penggerak jihad
Seruan kalian penggema syari’at
Sikap kalian ciri pemimpin sejati
Yang meninggikan Islam
Di atas Qur’an dan Sunnah

Akhwatush Sholihah
Doa kalian penyangga hati
Izzah kalian penyemangat jiwa
Sikap kalian ciri bidadari
Pendamping para mujahid
Di bawah cinta sang Robbi

"Allahu gha yatuna"

Allahu Akbar…Allahu Akbar
Bangunlah wahai aktivis dakwah
Bulatkan tekad, satukan ukhuwah
Pembela umat, eratkan persaudaraan

Allahu Akbar…Allahu Akbar
Bangkitlah wahai aktivis dakwah
Nyalakan semangat, jangan pernah gentar
Hadapi segala rintangan, enyahkan kebatilan

Allahu Akbar…Allahu Akbar
Berjuanglah wahai aktivis dakwah
Jauhi maksiat, tumpaskan kedzaliman
Penerus perjuangan para tentara Allah

Allahu Akbar…Allahu Akbar
Bergeraklah wahai aktivis dakwah
Penegak syiar Islam, penggerak sunnah
Bukti cinta para perindu Jannah